Saturday 1 September 2012

KURSUS 18 BULAN MANTAPKAN GURU



1.0  Pengenalan

Visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah untuk melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memastikan agar guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi negara Malaysia. Justeru itu, salah satu objektif BPG adalah untuk melahirkan guru permulaan yang berkualiti. Guru permulaan yang berkualiti ini merupakan modal insan minda kelas pertama seperti yang digariskan di dalam Pelan Induk Pembangunan Pelajaran (2006–2010) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Guru permulaan yang berkualiti merangkumi kebolehan mengurus kokurikulum yang dipertanggungjawabkan dan mematuhi etika perguruan.  


2.0  Isu Semasa


            Dalam tugasan ini, telah membincangkan isu kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap guru permulaan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) berdasarkan satu kajian yang telah di lakukan. Terdapat empat aspek yang telah diukur merangkumi empat perkara iaitu kualiti diri, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah  dan  pengurusan kerja. Kualiti diri guru merujuk kepada kualiti profesional seseorang guru permulaan. Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah merujuk kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sementara aktiviti kokurikulum di sekolah merujuk kepada pengendalian aktiviti sukan, permainan, badan beruniform dan aktitivi-aktiviti luar bilik darjah yang profesional. Manakala pengurusan kerja di sekolah merujuk kepada tugas pengurusan maklumat pelajar, bilik darjah dan tugas tambahan di luar waktu sekolah.



Gambar 1 : Keratan Akhbar mengenai isu guru KPLI kurang kualiti

Apa yang menjadi isu ialah kegagalan guru permulaan dalam membuktikan mereka benar-benar profesional turut menyumbang kepada masalah profesion keguruan.  Lourdusamy dan Tan (1992) dalam Chee Kim Mang (2008) merujuk kepada suatu tinjauan yang mendapati bahawa guru tidak dapat mengawal masalah yang dihadapi dalam kelas seperti masalah kesukaran mengawal pelajar, masalah pelajar bersikap negatif, masalah pelajar tidak berminat belajar, pasif dan gagal memahami pelajaran yang diajar menyebabkan guru mengambil pendirian ''tidak peduli.'' Manakala menurut Chiam (2004) dalam Chee Kim Mang (2008)  berpendapat bahawa terdapat perkaitan antara ketidak berkesanannya pengajaran guru dengan ponteng dalam kalangan pelajar.

Majoriti guru yang baru yang mengajar sekitar 1-3 tahun kebiasaanya mengalami masalah dalam pengurusan bilik darjah. Ini dibuktikan oleh para penyelidik pendidikan (Veenman, 1984; Knowles & Cole, 1994; Calderhead & Shorrock, 1997) ada menyatakan bahawa majoriti guru yang mengajar pada beberapa tahun permulaan mengalami pelbagai masalah dalam pengajaran mereka seperti mengurus murid, menjalin hubungan yang baik di dalam bilik darjah, menguasai isi kandungan pelajaran, merancang aktiviti yang melibatkan murid dan membantu murid belajar di dalam kelas. Sering kali di dalam kelas, guru permulaan kurang keyakinan diri untuk membentuk disiplin murid-murid serta mengaplikasikan teori pedagogi yang telah dipelajari.

Bukan itu sahaja, sebahagian guru permulaan atau guru novis turut alami masalah dalam unit pengurusan kokurikulum. Ini mungkin disebabkan oleh kurang pengalaman dan sikap tidak mahu ambil tahu. Perkara ini dikukuhkan lagi oleh Abu Bakar ( 1994) dalam kajiannya, menyatakan guru permulaan tidak mahir dalam ehwal pengurusan kokurikulum dan sukan. Tambah Glickman (1990) dalam Chee Kim Mang (2008) lagi, guru permulaan didapati rendah dari segi peniskalan. Ini dapat dijelaskan apabila guru permulaan didapati kurang signifikan dalam membuat keputusan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Kekurangan pengalaman juga membuatkan mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila timbul perkara yang tidak diingini dalam bilik darjah. Oleh demikian, mereka lebih gemar diberitahu apa tindakan dan keputusan yang perlu dilaksanakan.

Fuller dan Bown (1975) dalam Chee Kim Mang (2008) mendapati keperluan utama guru permulaan adalah berkenaan dengan kehidupan dan keselamatan kendiri (own survival and security). Lantaran itu, mereka dikatakan berada dalam suatu keadaan yang dikenali sebagai practice shock (Veenman, 1984) yang digambarkan sebagai sink-or-swim (Renard, 2003; Achinstein & Athanases, 2006) dalam Chee Kim Mang (2008) permulaan karier, terpencil di dalam bilik darjah, tiada sokongan guru-guru lain, kuasa terbatas untuk membuat keputusan dan kurang peluang untuk belajar. Mereka khuatir sama ada mereka boleh mengawal pelajar dan apakah persepsi guru besar dan guru sekolah lain terhadap mereka? Soal menyesuaikan diri dengan guru besar dan guru-guru lain  di sekolah merupakan suatu aspek yang sangat penting. Menurut Rosli Yaacob (2006) dalam Chee Kim Mang (2008), guru permulaan menggangap guru besar sebagai sebagai seorang ketua pentadbir dan tidak membantu sepenuhnya dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran ( P&P) mereka. Manakala, guru-guru lain di sekolah dianggap sebagai teman sosial sekadar untuk berbual, dan tempat untuk mendapatkan sokongan emosi. Namun apa yang jelas, penerimaan dan kerjasama guru-guru yang lebih berpengalaman akan membantu meningkatkan motivasi guru permulaan.

2.1  Faktor-faktor

Dalam kajian ini, pengkaji dilihat terlebih dahulu mencari banyak maklumat berkaitan kajian lepas. Sebagai contohnya,  Glickman (1990) dalam Chee Kim Mang (2008) satu tinjauan literatur tentang guru permulaan di Amerika Syarikat, telah membuat beberapa generalisasi tentang peringkat perkembangan guru daripada guru permulaan kepada guru berpengalaman. Beliau mendapati pada amnya guru permulaan adalah lebih bersemangat kerana kerjaya mereka baru bermula sehingga tahun ketiga selepas itu semangat mereka mula menurun dengan mendadak. Akan tetapi guru permulaan didapati rendah dari segi peniskalan. Ini bermaksud guru permulaan kurang cekap dalam mebuat keputusan yang tepat ketika dalam proses (P&P) di bilik darjah.
Oleh demikian, guru-guru permulaan seolah berada di suatu keadaan yang dikenali sebagai practiceshock (Veenman, 1984) yang digambarkan sebagai sink-or-swim (Renard, 2003;Achinstein & Athanases, 2006) dalam Chee Kim Mang (2008) ianya sebagai permulaan karier, terpencil di dalam bilik darjah,tiada sokongan guru-guru lain, kuasa terbatas untuk membuat keputusan dan kurang peluang untuk belajar. Guru permulaan juga dikatakan khuatir dengan persepsi pihak pentadbir akan keputusan yang akan mereka buat. Sebagai penambahan lagi, (Veenman, 1984; Knowles & Cole, 1994; Calderhead & Shorrock, 1997) ada menyatakan bahawa majoriti guru yang mengajar pada beberapa tahun  permulaan  mengalami pelbagai masalah dalam proses (P&P) nya.

Suatu yang menarik dalam kajian ini ialah, teori perhubungan segi tiga. McDonald (1992) dalam Chee Kim Mang (2008)  menyatakan bahawa pengajaran sebenar berlaku di sekitar segitiga perhubungan – dalam kalangan guru, pelajar, isi kandungan – dan paksi segitiga ini sentiasa berubah.'' Beliau seterusnya menggambarkan kekompleksan situasi bilik darjah dengan kata-kata: ''What shall I teach amid all that I should teach?''

2.1.1     Aspek 1 : Kualiti Diri Guru Permulaan

Aspek yang pertama adalah kualiti diri guru permulaan KPLI dan KDPM. Item soalan dalam Borang soal selidik SSKP terdiri dari 12 item. Analisis dikira melalui nilai min = n seperti jadual di bawah.


Sumber : Chee Kim Mang ( 2008)
Jadual 1 : Taburan min aspek kualiti diri guru permulaan KDPM dan KPLI


Merujuk kepada min KDPM tertinggi iaitu item boleh menyesuaikan diri dengan budaya kerja di sekolah dan item boleh bekerjasama dengan staff dalam pelaksanaan tugas p&p di sekolah masing-masing dengan skor 4.4. Manakala skor min terendah dengan skor 4.0 bagi item menunjukkan amalan proaktif dalam pelaksanaan tugas di sekolah.

Bagi guru permulaan KPLI pula, skor min tertinggi adalah pada item boleh bekerjasama dengan staff dalam pelaksanaan tugas p&p di sekolah dan item menunjukkan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Iaitu pada tahap sangat puas. Manakala skor min terendah sebanyak 4.0, pada item menunjukkan amalan proaktif dalam perlaksanaan tugas di sekolah.

Dibandingkan skor min purata bagai kedua-dua kumpulan guru permulaan KDPM dan KPLI masing-masing ialah 4.2 dan 4.3. Ini bermakna, dari aspek kualiti diri guru, skala Likert bagi guru permulaan KDPM di tahap puas, manakala guru permulaan KPLI ialah sangat puas.

2.1.2     Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah

Aspek yang kedua adalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah antara guru permulaan KPLI dan KDPM. Item soalan dalam Borang soal selidik SSKP terdiri dari 13 item. Analisis dikira melalui nilai min = n seperti jadual di bawah. 




          Sumber : Chee Kim Mang (2008)
Jadual 2 : Taburan min aspek p&p di bilik darjah guru permulaan KDPM dan KPLI


Bagi aspek ini secara keseluruhannya, skor min lebih kurang sama antara guru permulaan KDPM dan guru permulaan KPLI. Kekerapan bagi skor min paling banyak adalah 4.0 iaitu di tahap puas. Namun begitu, bagi guru permulaan KDPM skor min tertinggi ialah 4.3 pada item berkebolehan mengajar mata pelajaran pengkhususan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan di bilik darjah.

Guru permulaan KPLI pula, mendapat skor min tertinggi sebanayk 4.3 pada item 1 iaitu berkebolehan mengajarkan mata pelajaran pengkhususan. Nilai skor min purata bagi kedua-duanya bagi aspek p&p dalam bilik darjah adalah sama iaitu 4.1. ini menunjukkan, pihak pentadbir berpuas hati.

2.1.3     Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah

Aspek yang ketiga adalah aktiviti kokurikulm di sekolah antara guru permulaan KPLI dan KDPM. Item soalan dalam Borang soal selidik SSKP terdiri dari 7 item. Analisis dikira melalui nilai min = n seperti jadual di bawah.  



   Sumber : Chee Kim Mang ( 2008)
Jadual 3 : Taburan min aspek aktiviti kokurikulum di sekolah bagi guru permulaan KDPM dan KPLI 


Antara 7 item soalan dalam boring soal selidik SSKP, guru permulaan KDPM berjaya mendapat skor min tertinggi dalam item 7. Item 7 ialah dapat menyesuaikan diri dalam perlaksanaan tugas kokurikulum mengikut keperluan dan situasi di sekolah. Untuk skor min yang terendah adalah pada item 5 sebanyak 4.0 iaitu item boleh membantu dalam tugas pengadilan aktiviti kokurikulum.


Guru permulaan KPLI juga mengalamai skor min terendah pada item 1,3,4 dan 5 dengan skor sebanyak 4.0. Skor min tertinggi adalah sebanyak 4.2 pada item 2 dan 7. Keseluruhannya bagi aspek yang ke tiga ini, dapatan bagi skor min purata bagi guru permulaan KDPM dan KPLI berada pada tahap memuaskan iaitu masing-masing 4.2 dan 4.1.

2.1.4     Pengurusan Kerja di Sekolah

Aspek yang keempat adalah pengurusan kerja di sekolah antara guru permulaan KPLI dan KDPM. Item soalan dalam Borang soal selidik SSKP terdiri dari 5 item. Analisis dikira melalui nilai min = n seperti jadual di bawah.


    Sumber : Chee Kim Mang (2008)
Jadual 4 : Taburan min aspek pengurusan kerja di sekolah bagi guru permulaan KDPM dan KPLI 


Min tertinggi dalam kumpulan KDPM adalah item dapat mengemaskinikan rekod kehadiran murid ( min 4.5). Manakala min terendah berkongsi pada item 4 dan 5 iaitu dapat mengemaskinikan maklumat murid dalam buku rancangan pengajaran harian guru dan dapat melaksnanakan tugas tambahan luar sekolah. Purata min keseluruhan bagi aspek pengurusan kerja guru di sekolah ialah 4.3. 

Bagi kumpulan KPLI, min yang tertinggi adalah bagi item nombor 2,3,4 dan 5 iaitu sebanyak 4.3. Min terendah sebanyak 4.2 pada item 1 iaitu boleh memeriksa hasil kerja murid secara berterusan. Bagi aspek ini, kedua-dua kumpulan giri permulaan KDPM dan KPLI menunjukkan prestasi pengurusan kerja di sekolah yang sangat memuaskan.

Setelah ke empat-empat aspek di nilai, dapat dibuat suatu keputusan berdasarkan pembentangan graf di bawah. Keempat aspek dinilai berdasarkan skor min tersebut.



   Sumber : Chee Kim Mang ( 2008)
Rajah 1 : Perbandingan min bagi setiap aspek antara guru permulaan KDPM dan KPLI keluaran 2007


Rajah 1 menunjukkan pada keseluruhannya, pentadbir sekolah berpuas hati dengan kualiti diri guru permulaan KDPM dan KPLI (min = 4.2 dan 4.3 masing- masing); pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi guru permulaan KDPM dan KPLI (min = 4.1 masing -masing);  aktiviti kokurikulum guru permulaan KDPM dan KPLI (min = 4.2 dan 4.1 masing masing) dan pengurusan kerja di sekolah guru permulaan KDPM dan KPLI (min 4.3 masing- masing).


3.0  Langkah-langkah

Menurut Mok Soon Sang (1996), konsep profesionalisme merupakan suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas secara mematuhi kod etika yang telah ditentukan oleh organisasinya. Dalam kajian ini, empat aspek yang dikaji sangat berkait rapat dengan etika keguruan yang positif. Berdasarkan hasil dapatan kajian, sesuatu harus ditafsirkan bagi membantu perkembangan diri dan profesionalisme seorang guru dalam menghadapi cabaran semasa.

Dalam aspek yang pertama ialah berkaitan kualiti diri guru permulaan. Jika dirujuk kembali skor purata nilai min bagi kedua-dua golongan  guru permulaan KPLI dan KDPM berada pada tahap yang lebih kurang sama iaitu memuaskan. Kesan daripada dapatan adalah jelas, menunjukkan kedua golongan guru permulaan belum berada pada tahap yang cemerlang bagi pihak pentadbiran. Setelah difikirkan, boleh jadi guru permulaan kurang menunjukkan amalan proaktif dan penglibatan diri dalam aktiviti professional di sekolah. Oleh hal demikian, sebagai langkah memperkembangkan potensi kendiri, guru permulaan harus memperbaiki amalan tugas mereka dengan berani dan mampu hadapi cabaran serta aktif melibatkan diri dalam perlaksanaan tugas di sekolah.

Melihat kembali kepada hasil kutipan data melalui borang soal selidik SSKP, min purata kedua-dua kumpulan adalah sama bagi aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kedua-dua kumpulan mendapat skor min purata 4.1 pada tahap memuaskan. Walaupun setiap item, kedua kumpulan Berjaya mendapatkan skor min 4.0 ke atas, namun terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Proses p&p masih lagi belum berada pada tahap yang baik ataupun cemerlang. Kedua-dua kumpulan harus bijak dan lebih kreatif dalam meransang murid untuk berfikir dalam p&p. Selain itu, mereka harus lebih aktif memikirkan bagaimana mahu mewujudkan suasana p&p yang efisyen dan menyeronokkan. Implikasinya dapat difikirkan, guru-guru permulaan masih memerlukan bimbingan dari guru yang lebih berpengalaman. Seharusnya seorang guru novis perlu dibimbing oleh seorang guru berpengalaman untuk suatu tempoh masa tertentu. Guru baru diberikan bimbingan dan diselia oleh pentadbir ataupun pihak yang berkenaan. Itu langkah drastiknya, namun sebagai langkah awal, di institut pendidikan guru sendiri seharusnya mempunyai silibus yang lebih mapan dalam membina keyakinan dan kebolehan guru mengurus p&p dengan baik. Mungkin melalui amalan reflektif praktikum atau “micro teaching”.

Aspek yang ketiga, ialah penglibatan guru permulaan KDPM dan KPLI dalam aktiviti kokurikulum. Umumnya, kedua kumpulan berada pada tahap memuaskan. KDPM 4.2 manakala kumpulan KPLI 4.1. Jika diamati nilai min setiap item, pihak pentadbir lebih cenderong kepada kumpulan KDPM. Ini sudah jelas kerana latihan bagi guru KDPM lebih lama berbanding kumpulan KPLI di institut perguruan. Ketika di institut perguruan lagi, kumpulan KDPM lebih lama diterapkan dengan nilai-nilai dan silibus kokurikulum di sekolah melalui program Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO). Jadi, ini jelas membuktikan guru KPLI kurang pendedahan dengan silibus kokurikulum di sekolah sebelum di tempatkan di sekolah - sekolah. Justifikasinya, perlu ada silibus kokurikulum yang mantap dalam program KPLI. Mungkin tempoh masanya boleh dipanjangkan bagi mengelakkan silibus terlalu membebani guru pelatih KPLI. Di pihak sekolah juga, ada baiknya sekiranya guru-guru permulaan dilatih oleh guru mentor dan dihantar ke kursus-kursus bersifat kokurikulum agar dapat menyediakan guru untuk hadapi cabaran dalam kokurikulum dan sukan.

Dari segi pengurusan kerja di sekolah oleh kumpulan KDPM dan KPLI, masing masing mendapat skor min purata 4.3. Prestasi yang sangat memuakan oleh pihak pentadbir. Namun begitu sebagai pendidik, tambahan pula guru permulaan seharusnya lebih proaktif untuk melonjak lebih cemerlang. Konklusinya, guru permulaan harus cekap dalam menguruskan apa sahaja tugasan berkaitan kegiatan sekolah. Mengurus rekod kehadiran, kad 001, menulis rancangan pengajaran harian dan memeriksa lembaran kerja murid. Mungkin kerana kedua golongan guru pelatih datang dari institut perguruan yang menekankan amalan praktikum secara berfasa membuatkan guru-guru permulaan KDPM dan KPLI lebih cekap dalam aspek ini berbanding 3 aspek yang lain. Sebagai pandangan menerusi dapatan kajian, mungkin lebih signifikan sekiranya ditubuhkan “mentor-mentee” bagi guru permulaan dan guru pengalaman. Ini diteguhkan lagi oleh  (Achinstein & Athanases, 2006) untuk memberi bimbingan serta membantu guru permulaan dalam proses transisi daripada guru permulaan menjadi guru berpengalaman; proses sosialisasi tentang norma-norma profesion perguruan dan program latihan kemajuan profesional guru di sekolah yang formal dan tidak formal di mana mereka ditempatkan.

Seterusnya ''sistem perantisan'' perlu diwujudkan di mana guru permulaan diberi peluang untuk belajar daripada guru pakar atau guru berpengalaman yang komited di sekolah mereka. Semua usaha ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada guru permulaan untuk memperbaiki amalan dan pemikiran serta pelbagai cabaran yang mereka hadapi dalam profesion mereka. Bagi mengukuhkan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang diajar, guru permulaan harus diberi kursus yang berkaitan dengan pengajaran mereka di sekolah sama ada sebagai kursus kemajuan profesional atau kursus dalaman (inhouse training) yang dijalankan oleh sekolah sendiri atau kini lebih dikenali sebagai Latihan dalam Perkhidmata (LADAP).

Kesimpulannya, berdasarkan kajian telah member sedikit gambaran tentang kepuasan pihak pentadbir terhadap kualiti guru permulaan KDPM dan KPLI yang baru berkhidmat di sekolah. Atas segala rasional di atas, guru permulaan atau guru novis harus lebih proaktif dan berusaha melonjakkan profesion keguruan kearah yang lebih baik lagi. Diharapkan, berdasarkan huraian dan idea di atas sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan diri dan profesionalisme guru dalam menghadapi cabaran semasa.



4.0  Rumusan

Kesimpulannya, berdasarkan kajian telah member sedikit gambaran tentang kepuasan pihak pentadbir terhadap kualiti guru permulaan KDPM dan KPLI yang baru berkhidmat di sekolah. Atas segala rasional di atas, guru permulaan atau guru novis harus lebih proaktif dan berusaha melonjakkan profesion keguruan kearah yang lebih baik lagi. Diharapkan, berdasarkan huraian dan idea di atas sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan diri dan profesionalisme guru dalam menghadapi cabaran semasa.

5.0  Refleksi

Tugasan yang diselesaikan banyak memberi input yang dapat membantu saya melihat persepsi atau pandangan pengakaji.  Pada pendapat saya, masalah yang timbul harus dikaji bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Sekiranya berlakunya sesuatu masalah, guru haruslah mempunyai cara untuk menangani masalah tersebut. Berdasarkan isu yang dipilih iaitu isu guru baru bermasalah, masalah ini boleh diselesaikan jika guru baru itu sendiri berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Terdapat banyak alternatig yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti diri sebagai seorang guru. Melalui latihan dan kursus yang diikuti mampu menyediakan kita sebagai guru yang mahir dan berkualiti. Guru sendiri perlu bersikap proaktif dan bijak mencari peluang untuk memantapkan diri dengan pelbagai ilmu.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini juga, ianya memberi cabaran kepada diri saya. Memandangkan semester ini adalah semester terakhir saya dan rakan sekelas diberi projek akhir untuk dipamerkan. Namun, tekanan kerja yang diterima sebagai pelajar saya dapati bahawa cabaran ini adalah sebahagian  daripada permulaan dalam kerjaya saya sebagai guru kelak. Berfikiran positif dalam melaksanakan tugasan yang diberi dan perancangan jadual untuk setiap tugas dapat membantu saya menyelesaikan tugasan. Dalam bidang keguruan, saya dapat kaitkan bahawa guru yang berani menghadapi cabaran adalah guru yang berjaya. Kejayaan akan diperolehi jika kita berusaha dan tekun melaksanakannya. 
Dalam dunia pendidikan seorang guru perlu melengkapkan ilmu kemahiran dan ilmu baharu. Tujuannya supaya guru dapat mengikuti arus perkembangan semasa. Begitu juga saya, pelbagai kemahiran dan ilmu yang diperoleh sepanjang menyiapkan tugasan ini. Yang pertama ialah tentang pengurusan dan etika untuk menjadi seorang guru. pengetahuan yang diperoleh ini akan digunakan apabila mula bergelar guru kelak. Yang kedua ilah kemahiran ICT diamana saya dan rakan-rakan diminta untuk membina blog. Kemahiran ini dapat diaplikasikan kelak dimana kegunaan blog ini mampu membina satu rangkaian perkongsian ilmu dengan pelbagai pihak.

Kehendak tugasan ini dapat dikaitkan dengan rancangan masa hadapan saya dengan cara bagaimana masalah yang berlaku dan dialami oleh saya dapat diselesaikan apabila bergelar guru kelak. Mungkin melalui pandangan dan idea yang disampaikan melalui penulisan atau  bahan, saya dapat menyumbang ke arah pembinaan kualiti guru yang diinginkan oleh negara.

MOHAMAD SAFIY MOHD SAHID



















GURU PUKUL MURID SEHINGGA MATI


1.0        1.0PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan salah satu elemen utama negara bagi mencapai taraf negara maju dan membangun sejajar dan selaras dengan Wawasan 2020.  Semua pihak memainkan peranan yang sangat penting bagi meningkatkan sistem pendidikan di negara ini terutamanya para guru. Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh . (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bin Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).
Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu semata-mata. Berbanding sistem pendidikan pada masa kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai “knowledge worker” dalam era revolusi maklumat abad ke-21

Pendapat Liberman, 1956, profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi soSial yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 )
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), ‘ profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4). Profesion keguruan merupakan salah satu bidang pekerjaan yang disanjung tinggi dan merupakan bidang pekerjaan yang dipandang mulia oleh masyarakat. Guru adalah merupakan seorang insan yang sentiasa diperhatikan oleh seluruh ahli masyarakat. Setiap tingkah laku, gerak geri dan aktiviti yang dilakukan akan dinilai oleh semua orang, terutamanya anak didik di sekolah masing-masing
Tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, malahan tingkah laku dan amalan baik mereka akan sentiasa menjadi ikutan dan rujukan oleh semua pihak. Oleh itu, profesion keguruan mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi oleh setiap guru bagi memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan etika adalah akhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan, merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak
Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru seringkali mendapat liputan menyeluruh dan senantiasa dilaporkan melalui media cetak atau media elektronik. Paparan isu ini sering kali dijadikan isu yang hangat dan menjadi topik perbualan serta perbincangan oleh lapisan masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di serata dunia secara khususnya. Pelbagai masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan kes tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera dan sebagainya
Sebagai contohnya isu penderaan iaitu guru memukul murid hingga menyebabkan kematian yang dilaporkan oleh Berita Harian yang bertarikh 31 Mac 2012 telah menjadikan isu ini semakin hangat diperkatakan di segenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu guru memukul muridnya sehingga menyebabkan kematian ini, menunjukkan bahawa guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan yang telah ditetapkan dengan melakukan penderaan fizikal ke atas muridnya. Isu berkaitan dengan penderaan guru terhadap muridnya merupakan isu yang semakin berleluasa dari hari ke hari. Persoalannya mengapa isu ini berlaku
Kejadian penderaan fizikal yang dilakukan oleh guru yang semakin berleluasa ini merupakan kejadian yang bukan berlaku di tempat kerja mahupun di tempat awam tetapi ianya berlaku di institusi sekolah yang dianggap sebagai tempat yang paling selamat oleh semua pihak. Kejadian penderaan ini semakin menular di sekolah di mana mangsanya ialah murid-murid yang dikategorikan sebagai kanak-kanak atau golongan yang lemah jika dibandingkan dengan guru. Penderaan fizikal yang dilakukan oleh para guru ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. Seringkali kita dengar bahawa terdapat tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru.



2.0         ANALISIS DAN ULASAN ARTIKEL ISU MURID DIPUKUL HINGGA MATI
Artikel yang dipilih ialah berkaitan dengan kes seorang guru sekolah agama memukul muridnya yang berusia 7 tahun sehingga menyebabkan kematian. Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Arau, Perlis ini, merupakan tragedi yang mengecewakan. Lebih-lebih lagi suspek adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama berkenaan. Mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee dikatakan dipukul dan dibelasah oleh gurunya yang berusia 26 tahun atas sebab kesalahan mencuri RM7. Murid tersebut dipukul selama 2 jam menyebabkannya pengsan akibat daripada kecederaan  di kepala dan tubuh badan kesan daripada pukulan yang bertubi-tubi oleh guru berkenaan.
Kes yang berlaku ini mendapat liputan meluas oleh media-massa kerana kes ini melibatkan suspek yang menyandang jawatan sebagai seorang guru iaitu satu pekerjaan atau profesion yang sangat dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling. Merujuk sumber Berita Harian (2012), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan kes murid sekolah agama yang dibelasah guru sehingga maut adalah jenayah serius yang tidak boleh dimaafkan. Beliau juga berkata, walaupun sekolah berkenaan bukan di bawah Kementerian Pelajaran, namun perbuatan guru itu tetap tidak boleh dibiarkan kerana ia membabitkan keselamatan murid. Hal ini adalah bertentangan dengan akauntabiliti keguruan terhadap murid. Setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.
Isu berkaitan guru memukul muridnya sehingga menyebabkan kematian ini merupakan kes yang boleh dikategorikan sebagai kes penderaan kanak-kanak. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, “ Bila ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada pihak sekolah, ia menjadi tanggungjawab guru dan sekolah kena memberi perhatian tentang keselamatan mereka, (bukannya mendera mereka) apa lagi dilakukan oleh guru yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik anak-anak,” (sumber: Berita Harian, 2012).
3.0         DEFINISI PENDERAAN

Merujuk sumber Wikipedia Bahasa Melayu (2012), Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), dera bermaksud pukulan, mendera, seksa, denda dan hukuman. Manakala  penderaan pula merujuk kepada  perbuatan mendera terhadap kanak-kanak.
Peters dalam bukunya yang bertajuk Ethics and Education (1966) dan The Logic of Education (1970) telah mendefinisikan denda sebagai mengenakan kesakitan dengan sengaja oleh orang yang berautoriti ke atas seseorang yang melanggar peraturan dan ke atas sesorang yang melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan. Oleh itu, dalam konteks isu yang dibincangkan ini, guru tersebut telah melakukan penderaan terhadap muridnya sebagai hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan bagi membentuk disiplin murid tersebut. Namun begitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa setiap sekolah termasuklah sekolah agama rakyat perlu mempunyai kaedah standard dalam menguruskan soal disiplin pelajar.
Penderaan berlaku kerana si pendera adalah lebih kuat dan bertenaga secara fizikal serta lebih berkuasa secara mental dan psikologi daripada yang didera. Murid yang menjadi mangsa terhadap penderaan yang dilakukan oleh guru sekolah agama tersebut adalah dikategorikan sebagai kanak-kanak kerana umurnya belum menjangkau 18 tahun dan ke atas. Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan kepada empat jenis penderaan yang utama, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan dan penderaan emosi (Malaysia 1991).

4.0         JENIS-JENIS PENDERAAN
4.1       Penderaan Fizikal
Pakar perubatan mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak (Birrell & Birrell 1968), lebam yang teruk (Silverman 1968 dan Cafey 1972), kecacatan akibat penderaan fizikal (Camerin 1972), retak dan patah tulang (O’Neil et al. 1973), bekas gigitan (Sims et al. 1973), lecur dan terbakar dicucuh puntung rokok (Smith & Hanson 1974). Menurut Mohd. Sham Kasim (1994) cara dan alat yang digunakan untuk mendera selain memukul menggunakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah cecair panas, dicucuh dengan besi atau benda panas, puntung rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat, dikurung, dikunci di dalam bilik atau rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit atau dipulas dan sebagainya.
4.1         Penderaan Seksual
Penderaan seksual merujuk segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara, filem, perakam video atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak adalah dengan cara mencabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur. Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak adalah apabila dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang bersifat seks bagi maksud apa-apa bahan, fotograf, rakaman, filem, pita video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

4.2         Penderaan  Pengabaian Penjagaan
Penderaan kerana diabaikan penjagaan didefinisikan secara rumusan daripada Akta Perlindungan Kanak-kanak sebagai kegagalan ibu bapa untuk memenuhi keperluan asas anak seperti  pemberian makanan, pakaian, kediaman, rawatan perubatan, tidak memberi penyeliaan atau pengawalan anak daripada terlibatnya dengan kumpulan jahat atau bahaya moral dan tidak melindungi mereka daripada bahaya sehingga kanak-kanak terpaksa menjaga diri sendiri dan menjadi pengemis. Pengabaian kanak-kanak merujuk pada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak daripada segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal (Ammerman & Hersen, 1990:28).
4.3         Penderaan Emosi
Penderaan emosi merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama daripada segi mental dan emosional, sama ada didera dan dianiayai oleh ahli keluarga atau individu yang paling hampir dengan kanak-kanak tersebut. Emosi adalah rasa dalaman yang dapat dilihat sebagai sedih, marah, meradang, geram, benci, sakit dan sebagainya (lihat Kieran O’ Hagan, 1993:22). Penderaan emosi merangkumi tidak memberi kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut, kanak-kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan karenahnya, pergaulan mereka disekat misalnya tidak dibenarkan berkawan atau bermain sesama mereka, mereka sering dimarahi, ditengking, ditakut-takuti dan ahli keluarga bermusuhan dengan kanak-kanak.

            Oleh itu, ternyatalah di sini bahawa kes penderaan yang dibincangkan ini adalah jenis penderaan fizikal. Terdapat kesan-kesan melecet pada tangan akibat diikat seperti yang dilaporkan dan ini menyebabkan mangsa koma selepas dipukul oleh guru berkenaan.

5.0         FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENDERAAN
5.1       Tekanan Bebanan Kerja
Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang. Manakala Kamus Oxford Advanced Learner’s (1983) mendefinisikan tekanan atau dalam Bahasa Inggerisnya stress sebagai pressure; condition causing hardship, disquiet. Seyle (1964) adalah orang yan pertama menggunakan terma ‘tekanan’ mendefinisikannya sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang sebaliknya. Manakala Kamus Behavioral Science medefinisikan tekanan sebagai satu keadaan fizikal atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi.
Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat.
Guru terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman mereka. Oleh itu, kadangkala mereka akan bertindak diluar jangkaan semata-mata untuk memuaskan kehendak dalaman mereka yang selama ini tidak dapat dipenuhi berikutan bebanan kerja yang terlalu banyak.

5.2       Kurang Memahami Etika Perguruan
Selain itu, punca berlakunya kes penderaan yang melibatkan guru ini adalah disebabkan guru tersebut kurang memahami etika keguruan yang telah digariskan. Guru yang memahami etika keguruan tidak akan tergamak untuk melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Hal ini berbeza pula dengan kes yang telah berlaku kepada guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang telah digariskan ini. Hal ini sedikit sebanyak telah memberikan gambaran bahawa guru tersebut tidak mengerti dan memahami kandungan yang telah termaktub di dalam kod etika guru.
Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian sebagai guru. Berdasarkan kod etika perguruan yang telah ditetapkan, sepatutnya setiap ahli profesion iaitu guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan serta perkara yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang guru. Tetapi, apa yang berlaku di dalam kes ini adalah sebaliknya.

5.3       Tiada Kesedaran Agama
Tiada kesedaran agama juga boleh membawa kepada gejala penderaan guru terhadap anak muridnya sepertimana yang berlaku terhadap guru tersebut. Guru tidak menghayati apa yang diajarkandalam agama. Agama Islam contohnya menganjurkan agar umatnya bekerja dengan ikhlas, amanah dan penuh bertanggungjawab. Kerja adalah satu ibadah dan ramai di antara guru yang bekerja tetapi tidak bersungguh-sungguh dan tidak amanah.
Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Oleh itu hal ini akan menyebabkan berlakunya kes penderaan seperti yang telah dilakukan oleh guru tersebut terhadap anak muridnya. Walaupun kes yang dibincangkan ini melibatkan guru sekolah agama, namun di sini jelas menunjukkan perbuatan guru tersebut bukan mencerminkan beliau sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika difikirkan secara logiknya, mana mungkin kes seperti ini akan berlaku kepada seorang guru sekolah agama yang telah kita sedia maklum mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.

5.4       Penyalahgunaan Dadah
Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu punca berlakunya kes penderaan di sekolah yang melibatkan guru dan murid. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri dan tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dalam dunia mereka sendiri dan telah hilang matlamat sebenar kehidupan. Spiritual mereka amat lemah manakala emosi mereka sukar dikawal dan mudah tertekan. Apabila seseorang guru telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah mereka akan mudah dihimpit dengan pelbagai masalah lain.
Kesan penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan perubahan sikap individu tersebut. Mereka akan mudah menjadi panas baran oleh sebab kitaran darah dalam badan mereka bergerak dengan cepat. Maka, tidak hairanlah sekiranya dikatakan guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan mudah melakukan penderaan terhadap anak muridnya.

6.0       IMPLIKASI KES PENDERAAN FIZIKAL
Sekiranya masalah penderaan fizikal yang melibatkan guru dan murid sekolah ini tidak dibendung dengan baik, mungkin masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat daripada perbuatan tingkah laku guru yang negatif ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada guru tersebut sahaja, namun kesannya akan turut dirasai oleh mangsa penderaan itu sendiri, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan sebagainya.

            6.1       Terhadap Guru
Masalah yang berlaku ini akan menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi semakin renggang di mana semua murid membenci dan takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini, murid akan berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dengan rakan sejawatannya juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi mempercayai guru tersebut selepas sekali melakukan perbuatan mendera anak muridnya. Akibatnya, guru tersebut akan mengalami tekanan emosi dan konflik jiwa yang serius. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga.

            6.2       Terhadap Murid
Murid-murid yang didera akan mengalami kecederaan pada mana-mana bahagian tubuh badan dan kesan penderaan ini dapat dilihat oleh penglihatan. Malah ia juga akan menyebabkan pertumbuhan murid-murid yang didera ini terjejas. Malah, kesan penderaan terhadap murid juga boleh menyebabkan kematian seperti kes yang dibincangkan ini. Malah, guru yang bersikap suka mendera dan memukul ini akan memberi kesan atau mempengaruhi murid-murid lain untuk melakukan perbuatan yang sama kepada rakan-rakan mereka yang lemah kerana guru merupakan ‘role-model’ kepada murid-murid. Menurut Mahathir (1999), guru-guru dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh murid dan masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu. Sahsiah yang dipamerkan oleh guru ini akan menjadi panduan dan diteladani oleh murid-murid di sekolah. Maka, hal ini akan sekaligus menjejaskan sistem pendidikan yang terdapat di negara kita.

            6.3       Terhadap Profesion Perguruan
Isu penderaan ini hanya dilakukan oleh segelintir guru sahaja, tetapi seperti kata pepatah “ Kerana nila setitik rosak susu sebelanga”.  Kesan daripada tingkah laku segelintir guru ini akan merosak dan mencemarkan imej profesion perguruan.  Tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru akan menyebabkan profesion perguruan ini dipandang rendah oleh lapisan masyarakat. Masyarakat lebih cenderung melihat dan menilai sesuatu yang negatif berbanding perkara yang positif. Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid.
Selain itu, gejala penderaan yang berlaku ini juga memberi kesan kepada profesion perguruan yang menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru dan ini akan mengakibatkan profesion ini kekurangan generasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Kesannya kerajaan tidak dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.
            6.4       Terhadap Sekolah
Apabila isu penderaan ini memberi kesan kepada guru dan murid, secara tidak langsung isu ini juga akan memberi kesan kepada sekolah. Dengan berlakunya kes-kes penderaan ini, reputasi dan imej sekolah akan jatuh. Sekolah adalah sebagai sebuah organisasi formal yang mempunyai matlamat tertentu. Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), sekolah adalah satu masyarakat kecil yang mempunyai budaya tersendiri.
Sekiranya budaya penderaan diamalkan di sesebuah sekolah dan tidak dibendung dengan kadar segera, masyarakat tidak lagi mengganggap sekolah sebagai sebuah institusi yang selamat untuk mereka menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan di sekolah tersebut. Hal ini juga akan menyebabkan sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi pendidikan yang memberi pendidikan berkualiti kepada murid-murid.

            6.5       Terhadap Ibu Bapa dan Masyarakat
            Isu penderaan yang berlaku ini turut memberi kesan kepada ibu bapa dan masyarakat. Hubungan yang terjalin di antara guru dan ibu bapa akan menjadi renggang disebabkan ibu bapa tidak lagi mempercayai kredibiliti guru-guru tersebut untuk mendidik anak-anak mereka. Kebajikan dan keselamatan yang seharusnya dititikberatkan oleh guru akhirnya terancam disebabkan oleh guru sendiri. Hal ini akan merisaukan pihak ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kesannya ada di antara ibu bapa yang membawa isu penderaan ini kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi mendapatkan keadilan bagi pihak anak mereka. Di samping itu juga, masyarakat akan turut memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan pentadbir sekolah kerana tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.

7.0       CADANGAN / LANGKAH MENGATASI ISU PENDERAAN
Penderaan fizikal yang berlaku kepada murid ini merupakan salah satu isu yang sangat dipandang serius oleh lapisan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan guru menghukum murid di atas kesalahan atau kenakalan yang dilakukan oleh murid itu sendiri. Namun begitu, penderaan bukanlah langkah yang terbaik untuk menghukum seseorang murid yang melakukan kesalahan. Tingkah laku negatif seperti mendera yang dilakukan oleh guru tersebut hendaklah dibendung dengan kadar segera. Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
7.1       Tingkatkan Kesedaran Agama Dalam Diri
Antara langkah untuk mengatasi isu tersebut ialah dengan meningkatkan kesedaran agama. Setiap guru hendaklah mendalami ilmu agama supaya setiap tingkah laku yang dilakukan adalah berlandaskan kepada pegangan agama. Dengan mendalami ilmu agama, seseorang guru itu akan sedar peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas. Menurut INTAN (1994), ikhlas merupakan salah satu etika yang perlu diamalkan dalam pekerjaan. Ini bermaksud setiap penjawat awam hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam kerjanya, ia akan menjalankan tugas tersebut dengan sempurna dan menghasilkan output yang memuaskan secara berterusan.

7.2       Wujudkan Khidmat Kaunseling Khas Untuk Guru
Selain itu, di setiap sekolah hendaklah diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu penderaan fizikal terhadap murid di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling jika mereka terlibat atau mengalami masalah gangguan emosi yang boleh mengakibatkan mereka bertindak di luar kawalan. Menurut Shertzer dan Stone (1981) menyatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

            7.3       Penguatkuasaan Undang-undang
            Penguatkuasaan undang-undang adalah merupakan langkah yang patut diambil oleh kerajaan bagi mengatasi isu berkaitan dengan penderaan. Merujuk kepada rencana yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 1 April 2001, Dr. Rais Yatim menyatakan bahawa undang-undang adalah peraturan hidup yang berkata-kata. Undang-undang berkata-kata melalui bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan, hukuman dan sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa. Mana-mana guru yang terlibat dengan tindakan undang-undang boleh dilucutkan jawatannya sebagai seorang guru. Ini dapat memberi pengajaran kepada guru lain supaya tidak melakukan perkara yang sama berkaitan isu penderaan ini.

7.4       Melantik Guru yang Berkelayakan
            Kerajaan hendaklah melantik guru-guru yang berkelayakan untuk menjawat profesion sebagai seorang pendidik. Hal ini disebabkan, guru yang berkelayakan telah diberi latihan yang secukupnya untuk menjadi seorang guru. Program-program dan kursus-kursus yang telah dijalani oleh individu ini sedikit sebanyak membantu mereka memahami etika keguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia contohnya seperti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

8.0       RUMUSAN
            Pandangan saya berkaitan dengan isu guru agama memukul anak muridnya sehingga menyebabkan kematian ini adalah tidak wajar berlaku. Hal ini kerana tugas guru adalah sebagai seorang pendidik dan pembimbing dan bukan sebagai pengancam keselamatan murid-murid. Persoalan yang timbul ialah adakah perlu seorang guru membelasah muridnya sedemikian rupa? Lebih-lebih lagi mangsa hanya berumur 7 tahun. Tidak sepadan langsung dengan suspek yang berumur 26 tahun. Sekiranya memang benar bahawa murid tersebut melakukan kesalahan mencuri, tindakan membelasah murid berkenaan secara melulu bukanlah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
            Terdapat pelbagai cara yang lebih efektif dan berkesan yang boleh digunakan. Guru tersebut tidak boleh bertindak tanpa alasan dan bukti yang kukuh. Tambahan pula sekiranya dakwaan yang mengatakan bahawa murid tersebut mencuri adalah daripada percakapan murid-murid yang lain. Dalam erti kata yang lain ialah hanya syak. Tindakan memukul dan membelasah murid tersebut bagi saya adalah sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Lebih-lebih lagi bagi seorang guru yang mempunyai pendidikan agama. Mencabut nyawa seseorang dengan tangan sendiri hanya kerana syak dan wasangka, adalah tindakan yang paling dangkal sekali yang dibuat oleh seorang manusia lebih-lebih lagi digelar seorang guru.
            Menurut Abu Bakar Nordin (2003), peribadi dan sahsiah seorang guru akan menentukan kedudukannya di mata masyarakat. Oleh itu, guru harus memiliki sifat profesionalisme yang tinggi. Sebagai seorang pendidik, guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada para murid dalam pelakuan sehariannya supaya pendidik menjadi masyarakat yang dihormati dan disegani. Etika dan tatasusila profesion perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati dan diamalkan. Dengan mengamalkan etika keguruan yang telah digariskan, isu berkaitan dengan penderaan seperti yang dibincangkan akan dapat dibendung dan diatasi dengan berkesan.

9.0       REFLEKSI
            Dunia pendidikan semakin mencabar pada hari ini. Pelbagai isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan sering dibincangkan melalui media massa. Berdasarkan tugasan projek yang telah diberikan ini, pelbagai manfaat telah saya perolehi. Dengan menjalankan tugasan projek ini, saya dapat meningkatkan kefahaman tentang ruang lingkup kerjaya sebagai seorang guru pada masa hadapan. Isu-isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan merupakan topik yang sering mendapat liputan menyeluruh oleh semua pihak. Hal ini dapat memberi pendedahan kepada saya untuk lebih matang dalam menempuhi isu-isu yang bakal berlaku apabila menjadi seorang guru pada masa hadapan.
            Tugasan projek ini juga mengkehendaki saya menganalisis, mengulas dan mengutarakan pendapat berkaitan isu yang berkait dengan guru dan keguruan. Hal ini sekaligus akan dapat mempengaruhi tindakan saya pada masa hadapan sekiranya menghadapi masalah yang berkaitan. Sekiranya saya berada di dalam mana-mana situasi yang melibatkan isu guru dan keguruan seperti yang berlaku pada masa kini, saya hendaklah bertindak secara matang. Tindakan yang saya ambil hendaklah berlandaskan kepada profesionalisme sebagai seorang guru tanpa mengikut hawa nafsu semata-mata.
Malah, dengan adanya tugasan projek ini, saya dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menangani setiap masalah yang berlaku. Hal ini disebabkan, bertindak tanpa berfikir akan mendatangkan kesan yang negatif kepada individu itu sendiri. Jadi, setiap masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan sekiranya saya dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian. Tambahan pula, saya dapat mempelajari kemahiran baharu dengan adanya penerapan unsur ICT semasa menjalankan tugasan projek ini. Tugasan ini memerlukan saya membina sebuah blog laman ilmu secara berkumpulan. Hal ini memberi pengetahuan kepada saya tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Kemahiran ini juga dapat digunakan pada masa hadapan kerana sistem pendidikan pada masa kini amat mementingkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan.  

NURUL FAZLIANA BINTI ISMAIL