1.0 Pengenalan
Visi dan misi
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah
untuk melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti
untuk memastikan agar guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi
negara Malaysia. Justeru itu, salah satu objektif BPG adalah untuk melahirkan
guru permulaan yang berkualiti. Guru permulaan yang berkualiti ini merupakan
modal insan minda kelas pertama seperti yang digariskan di dalam Pelan Induk
Pembangunan Pelajaran (2006–2010) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Guru
permulaan yang berkualiti merangkumi kebolehan mengurus kokurikulum yang
dipertanggungjawabkan dan mematuhi etika perguruan.
2.0 Isu Semasa
Dalam
tugasan ini, telah membincangkan isu kepuasan pihak pentadbir sekolah terhadap
guru permulaan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) berdasarkan satu kajian
yang telah di lakukan. Terdapat empat aspek yang telah diukur merangkumi empat
perkara iaitu kualiti diri, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah, pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah dan
pengurusan kerja. Kualiti diri guru merujuk kepada kualiti profesional
seseorang guru permulaan. Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
adalah merujuk kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Sementara aktiviti kokurikulum di sekolah merujuk kepada pengendalian aktiviti
sukan, permainan, badan beruniform dan aktitivi-aktiviti luar bilik darjah yang
profesional. Manakala pengurusan kerja di sekolah merujuk kepada tugas
pengurusan maklumat pelajar, bilik darjah dan tugas tambahan di luar waktu
sekolah.
Gambar 1 : Keratan Akhbar
mengenai isu guru KPLI kurang kualiti
Apa yang menjadi
isu ialah kegagalan guru permulaan dalam membuktikan mereka benar-benar profesional
turut menyumbang kepada masalah profesion keguruan. Lourdusamy dan Tan (1992) dalam Chee Kim Mang
(2008) merujuk kepada suatu tinjauan yang mendapati bahawa guru tidak dapat
mengawal masalah yang dihadapi dalam kelas seperti masalah kesukaran mengawal
pelajar, masalah pelajar bersikap negatif, masalah pelajar tidak berminat
belajar, pasif dan gagal memahami pelajaran yang diajar menyebabkan guru
mengambil pendirian ''tidak peduli.'' Manakala menurut Chiam (2004) dalam Chee
Kim Mang (2008) berpendapat bahawa
terdapat perkaitan antara ketidak berkesanannya pengajaran guru dengan ponteng
dalam kalangan pelajar.
Majoriti guru
yang baru yang mengajar sekitar 1-3 tahun kebiasaanya mengalami masalah dalam
pengurusan bilik darjah. Ini dibuktikan oleh para penyelidik pendidikan (Veenman,
1984; Knowles & Cole, 1994; Calderhead & Shorrock, 1997) ada menyatakan
bahawa majoriti guru yang mengajar pada beberapa tahun permulaan mengalami pelbagai
masalah dalam pengajaran mereka seperti mengurus murid, menjalin hubungan yang
baik di dalam bilik darjah, menguasai isi kandungan pelajaran, merancang
aktiviti yang melibatkan murid dan membantu murid belajar di dalam kelas. Sering
kali di dalam kelas, guru permulaan kurang keyakinan diri untuk membentuk
disiplin murid-murid serta mengaplikasikan teori pedagogi yang telah
dipelajari.
Bukan itu
sahaja, sebahagian guru permulaan atau guru novis turut alami masalah dalam
unit pengurusan kokurikulum. Ini mungkin disebabkan oleh kurang pengalaman dan
sikap tidak mahu ambil tahu. Perkara ini dikukuhkan lagi oleh Abu Bakar ( 1994)
dalam kajiannya, menyatakan guru permulaan tidak mahir dalam ehwal pengurusan
kokurikulum dan sukan. Tambah Glickman (1990) dalam Chee Kim Mang (2008) lagi,
guru permulaan didapati rendah dari segi peniskalan. Ini dapat dijelaskan
apabila guru permulaan didapati kurang signifikan dalam membuat keputusan
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah.
Kekurangan pengalaman juga membuatkan mereka tidak tahu apa yang harus
dilakukan apabila timbul perkara yang tidak diingini dalam bilik darjah. Oleh
demikian, mereka lebih gemar diberitahu apa tindakan dan keputusan yang perlu
dilaksanakan.
Fuller dan Bown (1975)
dalam Chee Kim Mang (2008) mendapati keperluan utama guru permulaan adalah
berkenaan dengan kehidupan dan keselamatan kendiri (own survival and
security). Lantaran itu, mereka dikatakan berada dalam suatu keadaan yang
dikenali sebagai practice shock (Veenman, 1984) yang digambarkan
sebagai sink-or-swim (Renard, 2003; Achinstein & Athanases, 2006) dalam
Chee Kim Mang (2008) permulaan karier, terpencil di dalam bilik darjah, tiada
sokongan guru-guru lain, kuasa terbatas untuk membuat keputusan dan kurang
peluang untuk belajar. Mereka khuatir sama ada mereka boleh mengawal pelajar
dan apakah persepsi guru besar dan guru sekolah lain terhadap mereka? Soal menyesuaikan
diri dengan guru besar dan guru-guru lain di sekolah merupakan suatu aspek yang sangat
penting. Menurut Rosli Yaacob (2006) dalam Chee Kim Mang (2008), guru permulaan
menggangap guru besar sebagai sebagai seorang ketua pentadbir dan tidak
membantu sepenuhnya dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (
P&P) mereka. Manakala, guru-guru lain di sekolah dianggap sebagai teman
sosial sekadar untuk berbual, dan tempat untuk mendapatkan sokongan emosi.
Namun apa yang jelas, penerimaan dan kerjasama guru-guru yang lebih
berpengalaman akan membantu meningkatkan motivasi guru permulaan.
2.1 Faktor-faktor
Dalam kajian ini, pengkaji
dilihat terlebih dahulu mencari banyak maklumat berkaitan kajian lepas. Sebagai
contohnya, Glickman
(1990) dalam Chee Kim Mang (2008) satu tinjauan literatur tentang guru
permulaan di Amerika Syarikat, telah membuat beberapa generalisasi tentang
peringkat perkembangan guru daripada guru permulaan kepada guru berpengalaman. Beliau
mendapati pada amnya guru permulaan adalah lebih bersemangat kerana kerjaya
mereka baru bermula sehingga tahun ketiga selepas itu semangat mereka mula
menurun dengan mendadak. Akan tetapi guru permulaan didapati rendah dari segi
peniskalan. Ini bermaksud guru permulaan kurang cekap dalam mebuat keputusan
yang tepat ketika dalam proses (P&P) di bilik darjah.
Oleh demikian, guru-guru permulaan seolah berada di suatu keadaan
yang dikenali sebagai practiceshock (Veenman, 1984) yang digambarkan
sebagai sink-or-swim (Renard, 2003;Achinstein & Athanases, 2006)
dalam Chee Kim Mang (2008) ianya sebagai permulaan karier, terpencil di dalam
bilik darjah,tiada sokongan guru-guru lain, kuasa terbatas untuk membuat
keputusan dan kurang peluang untuk belajar. Guru permulaan juga dikatakan
khuatir dengan persepsi pihak pentadbir akan keputusan yang akan mereka buat. Sebagai
penambahan lagi, (Veenman, 1984; Knowles & Cole, 1994; Calderhead &
Shorrock, 1997) ada menyatakan bahawa majoriti guru yang mengajar pada beberapa
tahun permulaan mengalami pelbagai masalah dalam proses
(P&P) nya.
Suatu yang menarik dalam kajian ini ialah, teori perhubungan segi
tiga. McDonald (1992) dalam Chee Kim Mang (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebenar berlaku
di sekitar segitiga perhubungan – dalam kalangan guru, pelajar, isi kandungan –
dan paksi segitiga ini sentiasa berubah.'' Beliau seterusnya menggambarkan kekompleksan
situasi bilik darjah dengan kata-kata: ''What
shall I teach amid all that I should teach?''
2.1.1
Aspek 1 : Kualiti Diri Guru Permulaan
Aspek yang pertama adalah kualiti diri guru permulaan KPLI dan
KDPM. Item soalan dalam Borang soal selidik SSKP terdiri dari 12 item. Analisis
dikira melalui nilai min = n seperti jadual di bawah.
Sumber : Chee
Kim Mang ( 2008)
Jadual 1 : Taburan min aspek kualiti diri guru permulaan KDPM dan
KPLI
Merujuk kepada
min KDPM tertinggi iaitu item boleh menyesuaikan diri dengan budaya kerja di
sekolah dan item boleh bekerjasama dengan staff dalam pelaksanaan tugas p&p
di sekolah masing-masing dengan skor 4.4. Manakala skor min terendah dengan
skor 4.0 bagi item menunjukkan amalan proaktif dalam pelaksanaan tugas di
sekolah.
Bagi guru
permulaan KPLI pula, skor min tertinggi adalah pada item boleh bekerjasama
dengan staff dalam pelaksanaan tugas p&p di sekolah dan item menunjukkan
penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Iaitu pada tahap sangat
puas. Manakala skor min terendah sebanyak 4.0, pada item menunjukkan amalan
proaktif dalam perlaksanaan tugas di sekolah.
Dibandingkan
skor min purata bagai kedua-dua kumpulan guru permulaan KDPM dan KPLI
masing-masing ialah 4.2 dan 4.3. Ini bermakna, dari aspek kualiti diri guru,
skala Likert bagi guru permulaan KDPM di tahap puas, manakala guru permulaan
KPLI ialah sangat puas.
2.1.2 Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam Bilik Darjah
Aspek yang kedua adalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah antara guru permulaan KPLI dan KDPM. Item soalan dalam Borang soal
selidik SSKP terdiri dari 13 item. Analisis dikira melalui nilai min = n
seperti jadual di bawah.
Sumber :
Chee Kim Mang (2008)
Jadual 2 : Taburan min aspek p&p di bilik darjah guru
permulaan KDPM dan KPLI
Bagi aspek ini secara keseluruhannya, skor min lebih kurang sama
antara guru permulaan KDPM dan guru permulaan KPLI. Kekerapan bagi skor min
paling banyak adalah 4.0 iaitu di tahap puas. Namun begitu, bagi guru permulaan
KDPM skor min tertinggi ialah 4.3 pada item berkebolehan mengajar mata
pelajaran pengkhususan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan di bilik darjah.
Guru permulaan KPLI pula, mendapat skor min tertinggi sebanayk 4.3
pada item 1 iaitu berkebolehan mengajarkan mata pelajaran pengkhususan. Nilai
skor min purata bagi kedua-duanya bagi aspek p&p dalam bilik darjah adalah
sama iaitu 4.1. ini menunjukkan, pihak pentadbir berpuas hati.
2.1.3
Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah
Aspek yang ketiga adalah aktiviti kokurikulm di sekolah antara
guru permulaan KPLI dan KDPM. Item soalan dalam Borang soal selidik SSKP
terdiri dari 7 item. Analisis dikira melalui nilai min = n seperti jadual di
bawah.
Sumber
: Chee Kim Mang ( 2008)
Jadual 3 : Taburan min aspek aktiviti kokurikulum di sekolah bagi
guru permulaan KDPM dan KPLI
Antara 7 item soalan dalam boring soal selidik SSKP, guru
permulaan KDPM berjaya mendapat skor min tertinggi dalam item 7. Item 7 ialah
dapat menyesuaikan diri dalam perlaksanaan tugas kokurikulum mengikut keperluan
dan situasi di sekolah. Untuk skor min yang terendah adalah pada item 5
sebanyak 4.0 iaitu item boleh membantu dalam tugas pengadilan aktiviti
kokurikulum.
Guru permulaan KPLI juga mengalamai skor min terendah pada item
1,3,4 dan 5 dengan skor sebanyak 4.0. Skor min tertinggi adalah sebanyak 4.2
pada item 2 dan 7. Keseluruhannya bagi aspek yang ke tiga ini, dapatan bagi
skor min purata bagi guru permulaan KDPM dan KPLI berada pada tahap memuaskan
iaitu masing-masing 4.2 dan 4.1.
2.1.4
Pengurusan Kerja di Sekolah
Aspek yang keempat adalah pengurusan kerja di sekolah antara guru
permulaan KPLI dan KDPM. Item soalan dalam Borang soal selidik SSKP terdiri
dari 5 item. Analisis dikira melalui nilai min = n seperti jadual di bawah.
Sumber
: Chee Kim Mang (2008)
Jadual 4 : Taburan min aspek pengurusan kerja di sekolah bagi guru
permulaan KDPM dan KPLI
Min tertinggi dalam kumpulan KDPM adalah item dapat
mengemaskinikan rekod kehadiran murid ( min 4.5). Manakala min terendah
berkongsi pada item 4 dan 5 iaitu dapat mengemaskinikan maklumat murid dalam
buku rancangan pengajaran harian guru dan dapat melaksnanakan tugas tambahan
luar sekolah. Purata min keseluruhan bagi aspek pengurusan kerja guru di
sekolah ialah 4.3.
Bagi kumpulan KPLI, min yang tertinggi adalah bagi item nombor
2,3,4 dan 5 iaitu sebanyak 4.3. Min terendah sebanyak 4.2 pada item 1 iaitu boleh
memeriksa hasil kerja murid secara berterusan. Bagi aspek ini, kedua-dua
kumpulan giri permulaan KDPM dan KPLI menunjukkan prestasi pengurusan kerja di
sekolah yang sangat memuaskan.
Setelah ke empat-empat aspek di nilai, dapat dibuat suatu
keputusan berdasarkan pembentangan graf di bawah. Keempat aspek dinilai
berdasarkan skor min tersebut.
Sumber : Chee Kim Mang (
2008)
Rajah 1 : Perbandingan min bagi setiap aspek antara guru permulaan
KDPM dan KPLI keluaran 2007
Rajah 1 menunjukkan pada keseluruhannya, pentadbir sekolah berpuas
hati dengan kualiti diri guru permulaan KDPM dan KPLI (min = 4.2 dan 4.3
masing- masing); pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi guru permulaan
KDPM dan KPLI (min = 4.1 masing -masing);
aktiviti kokurikulum guru permulaan KDPM dan KPLI (min = 4.2 dan 4.1
masing masing) dan pengurusan kerja di sekolah guru permulaan KDPM dan KPLI
(min 4.3 masing- masing).
3.0 Langkah-langkah
Menurut Mok Soon Sang (1996), konsep profesionalisme
merupakan suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai
kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas secara
mematuhi kod etika yang telah ditentukan oleh organisasinya. Dalam kajian ini,
empat aspek yang dikaji sangat berkait rapat dengan etika keguruan yang
positif. Berdasarkan hasil dapatan kajian, sesuatu harus ditafsirkan bagi
membantu perkembangan diri dan profesionalisme seorang guru dalam menghadapi
cabaran semasa.
Dalam aspek yang pertama ialah berkaitan kualiti diri guru
permulaan. Jika dirujuk kembali skor purata nilai min bagi kedua-dua
golongan guru permulaan KPLI dan KDPM
berada pada tahap yang lebih kurang sama iaitu memuaskan. Kesan daripada
dapatan adalah jelas, menunjukkan kedua golongan guru permulaan belum berada
pada tahap yang cemerlang bagi pihak pentadbiran. Setelah difikirkan, boleh
jadi guru permulaan kurang menunjukkan amalan proaktif dan penglibatan diri
dalam aktiviti professional di sekolah. Oleh hal demikian, sebagai langkah
memperkembangkan potensi kendiri, guru permulaan harus memperbaiki amalan tugas
mereka dengan berani dan mampu hadapi cabaran serta aktif melibatkan diri dalam
perlaksanaan tugas di sekolah.
Melihat kembali kepada hasil kutipan data melalui borang soal
selidik SSKP, min purata kedua-dua kumpulan adalah sama bagi aspek pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kedua-dua kumpulan mendapat skor min purata
4.1 pada tahap memuaskan. Walaupun setiap item, kedua kumpulan Berjaya
mendapatkan skor min 4.0 ke atas, namun terdapat banyak kelemahan yang perlu
diperbaiki. Proses p&p masih lagi belum berada pada tahap yang baik ataupun
cemerlang. Kedua-dua kumpulan harus bijak dan lebih kreatif dalam meransang
murid untuk berfikir dalam p&p. Selain itu, mereka harus lebih aktif
memikirkan bagaimana mahu mewujudkan suasana p&p yang efisyen dan
menyeronokkan. Implikasinya dapat difikirkan, guru-guru permulaan masih
memerlukan bimbingan dari guru yang lebih berpengalaman. Seharusnya seorang
guru novis perlu dibimbing oleh seorang guru berpengalaman untuk suatu tempoh
masa tertentu. Guru baru diberikan bimbingan dan diselia oleh pentadbir ataupun
pihak yang berkenaan. Itu langkah drastiknya, namun sebagai langkah awal, di
institut pendidikan guru sendiri seharusnya mempunyai silibus yang lebih mapan
dalam membina keyakinan dan kebolehan guru mengurus p&p dengan baik.
Mungkin melalui amalan reflektif praktikum atau “micro teaching”.
Aspek yang ketiga, ialah penglibatan guru permulaan KDPM dan
KPLI dalam aktiviti kokurikulum. Umumnya, kedua kumpulan berada pada tahap
memuaskan. KDPM 4.2 manakala kumpulan KPLI 4.1. Jika diamati nilai min setiap
item, pihak pentadbir lebih cenderong kepada kumpulan KDPM. Ini sudah jelas
kerana latihan bagi guru KDPM lebih lama berbanding kumpulan KPLI di institut
perguruan. Ketika di institut perguruan lagi, kumpulan KDPM lebih lama
diterapkan dengan nilai-nilai dan silibus kokurikulum di sekolah melalui
program Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO). Jadi, ini jelas membuktikan guru KPLI
kurang pendedahan dengan silibus kokurikulum di sekolah sebelum di tempatkan di
sekolah - sekolah. Justifikasinya, perlu ada silibus kokurikulum yang mantap
dalam program KPLI. Mungkin tempoh masanya boleh dipanjangkan bagi mengelakkan
silibus terlalu membebani guru pelatih KPLI. Di pihak sekolah juga, ada baiknya
sekiranya guru-guru permulaan dilatih oleh guru mentor dan dihantar ke
kursus-kursus bersifat kokurikulum agar dapat menyediakan guru untuk hadapi
cabaran dalam kokurikulum dan sukan.
Dari segi pengurusan kerja di sekolah oleh kumpulan KDPM dan
KPLI, masing masing mendapat skor min purata 4.3. Prestasi yang sangat memuakan
oleh pihak pentadbir. Namun begitu sebagai pendidik, tambahan pula guru
permulaan seharusnya lebih proaktif untuk melonjak lebih cemerlang. Konklusinya,
guru permulaan harus cekap dalam menguruskan apa sahaja tugasan berkaitan
kegiatan sekolah. Mengurus rekod kehadiran, kad 001, menulis rancangan
pengajaran harian dan memeriksa lembaran kerja murid. Mungkin kerana kedua
golongan guru pelatih datang dari institut perguruan yang menekankan amalan
praktikum secara berfasa membuatkan guru-guru permulaan KDPM dan KPLI lebih
cekap dalam aspek ini berbanding 3 aspek yang lain. Sebagai pandangan menerusi
dapatan kajian, mungkin lebih signifikan sekiranya ditubuhkan “mentor-mentee”
bagi guru permulaan dan guru pengalaman. Ini diteguhkan lagi oleh (Achinstein & Athanases,
2006) untuk memberi bimbingan serta membantu guru permulaan dalam proses
transisi daripada guru permulaan menjadi guru berpengalaman; proses sosialisasi
tentang norma-norma profesion perguruan dan program latihan kemajuan
profesional guru di sekolah yang formal dan tidak formal di mana mereka
ditempatkan.
Seterusnya
''sistem perantisan'' perlu diwujudkan di mana guru permulaan diberi peluang untuk
belajar daripada guru pakar atau guru berpengalaman yang komited di sekolah
mereka. Semua usaha ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada guru
permulaan untuk memperbaiki amalan dan pemikiran serta pelbagai cabaran yang
mereka hadapi dalam profesion mereka. Bagi mengukuhkan penguasaan isi kandungan
mata pelajaran yang diajar, guru permulaan harus diberi kursus yang berkaitan
dengan pengajaran mereka di sekolah sama ada sebagai kursus kemajuan
profesional atau kursus dalaman (inhouse training) yang dijalankan oleh
sekolah sendiri atau kini lebih dikenali sebagai Latihan dalam Perkhidmata
(LADAP).
Kesimpulannya,
berdasarkan kajian telah member sedikit gambaran tentang kepuasan pihak
pentadbir terhadap kualiti guru permulaan KDPM dan KPLI yang baru berkhidmat di
sekolah. Atas segala rasional di atas, guru permulaan atau guru novis harus
lebih proaktif dan berusaha melonjakkan profesion keguruan kearah yang lebih
baik lagi. Diharapkan, berdasarkan huraian dan idea di atas sedikit sebanyak
dapat membantu perkembangan diri dan profesionalisme guru dalam menghadapi
cabaran semasa.
4.0 Rumusan
Kesimpulannya,
berdasarkan kajian telah member sedikit gambaran tentang kepuasan pihak
pentadbir terhadap kualiti guru permulaan KDPM dan KPLI yang baru berkhidmat di
sekolah. Atas segala rasional di atas, guru permulaan atau guru novis harus
lebih proaktif dan berusaha melonjakkan profesion keguruan kearah yang lebih
baik lagi. Diharapkan, berdasarkan huraian dan idea di atas sedikit sebanyak
dapat membantu perkembangan diri dan profesionalisme guru dalam menghadapi
cabaran semasa.
5.0 Refleksi
Tugasan yang
diselesaikan banyak memberi input yang dapat membantu saya melihat persepsi
atau pandangan pengakaji. Pada pendapat
saya, masalah yang timbul harus dikaji bagi mencari jalan penyelesaian yang
terbaik. Sekiranya berlakunya sesuatu masalah, guru haruslah
mempunyai cara untuk menangani masalah tersebut. Berdasarkan isu yang dipilih
iaitu isu guru baru bermasalah, masalah ini boleh diselesaikan jika guru baru
itu sendiri berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Terdapat banyak
alternatig yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti diri sebagai seorang
guru. Melalui latihan dan kursus yang diikuti mampu menyediakan kita sebagai
guru yang mahir dan berkualiti. Guru sendiri perlu bersikap proaktif dan bijak
mencari peluang untuk memantapkan diri dengan pelbagai ilmu.
Sepanjang menyelesaikan tugasan ini juga, ianya memberi
cabaran kepada diri saya. Memandangkan semester ini adalah semester terakhir
saya dan rakan sekelas diberi projek akhir untuk dipamerkan. Namun, tekanan
kerja yang diterima sebagai pelajar saya dapati bahawa cabaran ini adalah sebahagian
daripada permulaan dalam kerjaya saya
sebagai guru kelak. Berfikiran positif dalam melaksanakan tugasan yang diberi
dan perancangan jadual untuk setiap tugas dapat membantu saya menyelesaikan
tugasan. Dalam bidang keguruan, saya dapat kaitkan bahawa guru yang berani
menghadapi cabaran adalah guru yang berjaya. Kejayaan akan diperolehi jika kita
berusaha dan tekun melaksanakannya.
Dalam dunia pendidikan seorang guru perlu melengkapkan
ilmu kemahiran dan ilmu baharu. Tujuannya supaya guru dapat mengikuti arus
perkembangan semasa. Begitu juga saya, pelbagai kemahiran dan ilmu yang
diperoleh sepanjang menyiapkan tugasan ini. Yang pertama ialah tentang
pengurusan dan etika untuk menjadi seorang guru. pengetahuan yang diperoleh ini
akan digunakan apabila mula bergelar guru kelak. Yang kedua ilah kemahiran ICT
diamana saya dan rakan-rakan diminta untuk membina blog. Kemahiran ini dapat
diaplikasikan kelak dimana kegunaan blog ini mampu membina satu rangkaian
perkongsian ilmu dengan pelbagai pihak.
Kehendak tugasan ini dapat dikaitkan dengan rancangan
masa hadapan saya dengan cara bagaimana masalah yang berlaku dan dialami oleh
saya dapat diselesaikan apabila bergelar guru kelak. Mungkin melalui pandangan
dan idea yang disampaikan melalui penulisan atau bahan, saya dapat menyumbang ke arah
pembinaan kualiti guru yang diinginkan oleh negara.
MOHAMAD SAFIY MOHD SAHID